Doa semasa hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Followers

Wednesday, October 13, 2010

kepentingan asid folic

Kepentingan Asid Folic - bagi aku asid folic ni penting sangat...klu tgh pregnant laa...masa kandungkan Danish dulu..aku tak miss..mesti ambil pil ni...sbb bagi aku,alhamdulillah..aku takde pun rasa mual atau apepun bile telan pil kecik molek ni..mcm ipar aku tu...disebabkan pil ni pun dia leh muntah....haiii..nasib badan..semua nasib kita tak sama kan...
Buat masa ni aku just makan pil asid folic yang aku beli kat farmasi je dulu...harga dia pun hanya rm1 je sepapan...insyaallah...dalam masa terdekat ni..aku nnk p klinik..nak g chek...aku ambil la asid folic yang ok sikit dari yg ada ni....uuhuhu
aku dpat tau confirm pregnant 12/10/10..tapi sampai hari ni aku masih lom p klinik lagi...hehehehe...nanti la dulu...masih awal lagi kan..lagi pun..susu aku dah beli..asid foloc pun aku dah makan..hehehee..insyaallah, minggu depan aku g la klinik...
cerita2 pasal klinik ni kan...aku cadang..aku nk chek kat ngn buat kad kat swasta je laa....nnti nk terberanak,baru la aku g gomen..hihihihi..boleh gitu???ye laaaaa...malas la nak layan karenah kalau g chek kat gomen ni...korang pun dah sedia maklum kan.....



Ibu mengandung kurang vitamin B menyebabkan kerosakan tiub saraf bayi atau spina bifida

KEKURANGAN vitamin ketika hamil memberi banyak kesan kepada janin dalam kandungan. Oleh itu, pengambilan asid folik misalnya amat penting kepada wanita hamil dan yang merancang kehamilan.

Asid folik adalah vitamin B (B9) yang penting bagi pertumbuhan sel dan janin sempurna. Asid folik boleh diperoleh daripada pil yang dibekalkan doktor dan alam semula jadi.

Ia juga boleh ditemui dalam sayur-sayuran hijau seperti bayam, selain buah-buahan sitrus dan bijirin.

Pelbagai kajian menunjukkan wanita yang mengambil 400 microgram (0.4 miligram) setiap hari sebulan sebelum hamil dan tiga bulan pertama kehamilan, berupaya mengurangkan risiko terhadap kerosakan tiub saraf sehingga 70 peratus.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatima Najla Mohd Jaffar, berkata kerosakan tiub saraf yang biasa terjadi ialah spina bifida.

“Spina bifida adalah kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol, tetapi kekurangan asid folik juga boleh mempengaruhi pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna (anencephaly) dan terjadinya bibir sumbing,” katanya.

Begitupun, lazimnya kejadian spina bifida lebih kerap berbanding yang lain. Ia berlaku berikutan penutupan tidak sempurna sebahagian sistem saraf tengah (spinal cord) dan tulang belakang (spinal columm) yang menyebabkan pertumbuhan otak janin terjejas dan juga berada dalam keadaan encephalocele - otak menonjol melalui jurang trauma dan konginental dalam tempurung kepala.

Di Amerika, kerosakan tiub saraf dianggarkan berlaku kepada seorang daripada 15,000 bayi. Ia juga adalah masalah kecacatan tiub saraf yang paling biasa.

Malah, di kebanyakan negara barat, masalah spina bifida sangat biasa. Di Malaysia tidak ada statistik khusus mengenai spina bifida tetapi ia biasa ditemui.

Antara faktor kes spina bifida tinggi kerana sikap hampir 67 peratus wanita hamil malas mengambil asid folik.

Angka itu diperoleh dalam satu kajian membabitkan wanita hamil di Amerika. Menyedari pentingnya asid folik ketika hamil, pada 1998 Persatuan Ubat dan Makanan Amerika (FDA) mengarahkan semua jenis bijirin dan roti mesti mengandungi 140 mcg asid folik.

Bagi pasaran Malaysia, kebanyakan bijiran dan roti juga mengandungi asid folik sebagai makanan tambahan.

Selain itu, kata Dr Fatima, spina bifida juga terjadi kerana kebanyakan wanita tidak merancang kehamilan.

“Selalunya, seseorang wanita itu hanya menyedari dia hamil selepas kandungan berusia antara enam hingga tujuh minggu. Sedangkan ketika itu kebanyakan organ sudah terbentuk,” katanya.

Oleh itu, merancang kehamilan sangat penting dan melengkapkan diri dengan bekalan asid folik amat perlu. Pengambilan asid folik yang banyak tidak menjadi racun tetapi pengambilan yang kurang boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.

Bagaimanapun, pengambilan asid folik yang kurang bukan satu-satunya faktor terjadinya masalah ini. Ada beberapa faktor turut mempengaruhinya.

Antaranya termasuk genetik, wanita yang mendapatkan rawatan dialisis dan wanita yang mengambil sesetengah jenis ubat, contohnya epilepsi.

Faktor lain mungkin menghisap rokok, pengambilan alkohol dan obesiti. Apabila janin berhadapan dengan spina bifida, ia boleh dikesan seawal 12 minggu kehamilan. Menerusi imbasan, bakal ibu boleh melihat pembentukan tulang belakang janin.

Ada bayi yang lahir dengan masalah spina bifida yang sedikit. Peluang untuknya hidup normal agak cerah, tetapi bagi bayi yang mengalami spina bifida yang teruk, dia akan lumpuh dan tidak berupaya mengawal pundi kencing.

“Bagi kes lain disebabkan kekurangan asid folik seperti anencephaly, ibu dinasihatkan menggugurkan janin pada awal kehamilan. Bagaimanapun, bagi spina bifida yang terjadi dengan beberapa keabnormalan lain yang serius, kandungan ini mungkin juga akan gugur sendiri.

“Jika tidak begitu serius, ia akan lahir seperti bayi lain. Begitupun peluang untuk memiliki hidup yang normal bergantung kepada serius mana kecacatan tulang belakang yang dialaminya,” katanya.

Dr Fatima berkata, wanita yang pernah melalui kandungan bermasalah seperti ini digalakkan mengambil lebih asid folik.

Begitupun ada juga wanita yang mengambil jumlah asid folik yang betul hamil dengan bayi spina bifida, bibir sumbing atau tempurung kepala yang tidak sempurna. Dalam kejadian begini, selalunya faktor genetik turut memainkan peranan.


Asid folik

# Kurang pengambilan asid folik ketika hamil menyebabkan terjadinya spina bifida, kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol.
# Ia juga boleh menyebabkan masalah pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan bibir sumbing
# 67 peratus wanita hamil malas mengambil asid folik
# Genetik, masalah buah pinggang, epilepsi, rokok, arak dan obesiti antara faktor terjadinya kerosakan tiub saraf bayi.
# Pengambilan asid folik dikaitkan dengan penurunan masalah tekanan, jantung, barah kolon dan barah servik.


Risiko kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan :

* Sakit disekeliling mulut.
* Sakit lidah.
* Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
* Anemia.

No comments: