Doa semasa hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Followers

Tuesday, October 19, 2010

Pertama kali Muntah + loya

Malam semalam..lepas balik dari scan baby kat Klinik Aida...mama terus p makan burung puyuh 3 rasa...mak'aiiii sedapnyeee....semua rasa ada ni...pedas + pekat...semua ada...kalau kat umah tu,confirm mama ratah habis2an tulang tu...hahahahahaa...
Pastu,masa nk terlelap tu..tetiba jek ada satu rasa lain mcm datang....secara tiba2 benda tu berlaku....Rasa sebu naik ke perut..padahal perut dah kenyang tuuu...
bermula la pertama kali..mama muntah....habis semua isi2 yang mama makan tadi tersemburr keluar balik...adooiiyyaiii....rasa asid naik ke perut..sakitnyeeee..masa nk keluarkan habis muntah tu...nasib baik leee..hubby ada...tapi sebenarnya hubby tu dia penggeli..hahahhaaa...ye laaa...kalau kita pun..tgk org muntah..kita pun ikut sama nk muntah....tapi alhmadulillah...hari ni..satu hari...nasib baik OK....tp rasa loya tu still ada..tp takde la sehebat malam tadi..uuhuhuh..
hari ni selama 3 hari..mama kena makan ubat kuatkan rahim...tapi pelik laaa....tetiba jek dahi mama ni gataiiii semacam...sudaaaaaaaaaaaaaaa.....mcm2 le lepas ni...hahhhahaa....insyaallah akan mama harungi semua tu dgn tabah...demi nak baby punya pasal ni...
ni baru je lepas minum susu anmum ngn obimin...alhamduilillah...still boleh minum susu lagi...moga2 kehamilan kali ni...takla teruk sangat karenahnye...ye laa..klu boleh tak nak la layan sangat..karenah tu...kan..
yang ptg danish nampak dia happy...pantang nampak aku makan..minum...mesti danish kata..."mama,baby lapar ke..?mama...baby hausss ke...?hihihi....sayang danish...




Monday, October 18, 2010

SCAN DI AWAL KEHAMILAN

9.30mlm 18/10/10

Mama baru je balik dari Klinik..nak tau tak ape cerita terkini??hihiihi
Tadi mama g scan sebenarnya...Mama pun cerita la ngn dokter tu..bila tarikh mama ni last period..dan bila mama kena bleeding kan...terus je dokter kata janin mama ni dah 6minggu..hehehe..tapi jangan salah sangka...sbb lepas mama scan je..dokter masih tak nampak lagi kantong dalam perut mama...buat suspennnn betollll....uuhuhuu..
terus dokter suh mama wat test air kencing....risau jugak ni....tak pregant ke aku??????
Lepas je mama di test..alhamdulillah...laju je nampak garis 2 line tu...dokter kata...tarikh last period mama tak leh guna...sbb kemungkinan besar....janin sangkut masa akhir2 bulan 9..
ye la..mama last period 2/9/10..sepatutnya 3--3hb tu mama dah period kan..tp tak...masa 25/9 (besday danish masa ni) malam tu mama bleeding...penat kotttt...rasanya tanda pregnant dah ada kot masa tu...pastu mama test 3/10....tak positif lagi masa tu....pastu 12/10 mama bleeding lagi..ptg tu mama terus test..alhamdulillah positif walaupun samar2...tapi lama2 jelas 2 line..
Mama terus la jumpa dokter 17/10/10..dokter kata kalau ikut tarikh last period mama....baby dah 6 minggu...walaupun mama bertegas kata...3/10 mama belum positif lagi...
tu yang hari 18/10/10,mama nekad g scan..nak tgk kantong baby..ok ke tak?? rupernya masih belum nampak kantongnya lagiiii....rupernya kalau diikutkan tarikh last test 3/10 tu...janin mama ni baru je nak jadi...dlam  3-4minggu baru...hihihi....so, dokter terus bagi mama pil kuatkan rahim saje...sbb obimin mama dah ada...:) 
so,akhir bulan 11 nanti baru mama kena datang scan lagi...


so...skrg janin mama baru berusia 3-4 minggu yeeeeeeeeeeee....hihihih..alhamdulillah... (kena betulkan kesilapan teknikal sbelum ni yang janin mama usia 6 minggu tu tau..)



Minggu ke 3:
Merupakan masa ovulasi (pelepasan telur). Kehamilan terjadi pada saat ini. Pembuahan terjadi pada saat sperma dari pasangan anda bertemu dengan sel telur anda di tuba falopi. Pembuahan memerlukan waktu 4 hari, setelah telur dibuahi maka dinamakan zygote
zygote
Minggu ke 4:
Saat buat si zygote kecil untuk menemukan tempat didalam rahim anda. Dengan berakhirnya minggu ini, anda tidak mendapat menstruasi, dan menjadi tanda pertama kemungkinan kehamilan. Pada beberapa wanita mendapatkan sedikit perdarahan dan disalahartikan sebagai menstruasi, sebenarnya perdarahan yang sedikit itu karena implatasi dari zygote ke dinding rahim anda.

PERKEMBANGAN JANIN MAMA

Perkembangan bayi dalam kandungan anda akan menjadi salah satu hal yang sangat menyenangkan dalam proses kehamilan ini karena hampir semua apa yang anda lakukan berefek tehadap bayi dalam kandungan anda ini. ---Mari kita melihat apa saja perkembangan dan perubahan yang terjadi pada bayi pada periode awal kehidupannya.


Minggu ke 1:
Pada minggu ini, menjadi menstruasi yang terakhir sebelum kehamilan. Perdarahan terjadi dan hormone-hormon ditubuh mempersiapkan sel telur untuk dilepaskan.

Minggu ke 2 :
Uterus (dinding rahim) menebal dan mempersiapkan untuk tahap ovulasi.

Minggu ke 3:
Merupakan masa ovulasi (pelepasan telur). Kehamilan terjadi pada saat ini. Pembuahan terjadi pada saat sperma dari pasangan anda bertemu dengan sel telur anda di tuba falopi. Pembuahan memerlukan waktu 4 hari, setelah telur dibuahi maka dinamakan zygote

Minggu ke 4:
Saat buat si zygote kecil untuk menemukan tempat didalam rahim anda. Dengan berakhirnya minggu ini, anda tidak mendapat menstruasi, dan menjadi tanda pertama kemungkinan kehamilan. Pada beberapa wanita mendapatkan sedikit perdarahan dan disalahartikan sebagai menstruasi, sebenarnya perdarahan yang sedikit itu karena implatasi dari zygote ke dinding rahim anda.

Minggu ke 5:
Ukuran bayi anda sekarang sekitar sebuah biji aple dan pada minggu ini disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai detak jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya pada minggu ini. Vesikel-vesikel otak primer mulai terbentuk, sistim saraf mulai berkembang.

Minggu ke 6:
Embrio terlihat seperti berudu. Pada minggu ini dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan masih seperti tunas.
Pada minggu ini pembentukan awal dari hati, pancreas, paru-paru,kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ke 7:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan unutk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan(anda belum dapat merasakannya). Akhir minggu ke ini otak akan terbentuk lengkap.

Minggu ke 8:
Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki,tangan, lengan, bahu. Organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Didalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak.
Jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur.

Minggu ke 9:
Pergerakan pertama fetus dapat dideteksi dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke 10:
Tulang sudang menggantikan kartilago. Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang cepat dalam bulan terakhir ini sehingga proporsi kepala lebih besar daripada tubuh.

Minggu ke 11:
Organ seks luar sudah terbentuk, juga folikel-folikel rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke 12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organ vital bayi sudah terbentuk.
Dengan signal dari otak, otot akan merespon dan bayi sudah dapat menendang.


pemakanan sihat ketika hamil 2

Hari ini, genaplah 6minggu usia kandungan yang kerap buat mama tidak sedap badan. Meskipun masih sangat awal, namun ibu sudah mula semakin penat lantas perlu meningkatkan kesabaran dan kekuatan. Terima kasih kepada suami tercinta atas sokongan dan semangat, atas segala-galanya. Terima kasih, hubby.

Jesteru, dalam masa yang sama, mama perlulah mengikuti diet pemakanan yang betul.  Moga bermanfaat buat ibu-ibu yang diharapkan sihat sejahtera selalu.

Pentingnya pemakanan sepanjang kehamilan.
Diet sihat yang seimbang adalah penting untuk tubuh anda dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat. Ini kerana semua makanan yang anda makan akan menjadi makanannya juga.
Antara zat yang penting dalam pemakanan ibu hamil ialah:
  1. Protein – meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.
  2. Karbohidrat – Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.
  3. Asid Folik – mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren. Ia juga merupakan salah satu unsur vitamin B untuk membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.
  4. Selenium – mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.
  5. Flavonoids – Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.
  6. Zat Besi – amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.
  7. Vitamin E – Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.
  8. Kalsium - kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu, majerin, dan keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh ibu yang mengalami masalah kekurangan zat besi untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi. Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama pada trimester ketiga. Malah berdasarkan kajian terhadap pesakit darah tinggi mendapati kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi ketika hamil.
  9. DHA – DHA penting terhadap perkembangan minda bayi. Ia juga berfungi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.
Doakan mamadan baby sihat selalu, moga diberkati, dirahmati dan dimudahkan segala urusan.

pemakanan sihat ketika hamil

Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?
Tujuannya ialah :
  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
    • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
    • Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
    • berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
    • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya?
  • 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
  • 3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)
  • 2-4 hidangan susu atau produk tenusu
  • 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
  • 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.
Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?
  1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
    • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
    • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
    • Vitamin A (hati, susu, telur)
    • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
    • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
    • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
  2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?
  1. 'Lactose intolerance'
    • Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
    • Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardines, ikan bilis)
    • Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
    • Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
  2. Loya (Morning Sickness)
    • Makan pada waktu makan yang teratur.
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
    • Minum banyak air.
  3. Sakit ulu hati (Heartburn)
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kunyah makanan dengan perlahan.
    • Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
  4. Sembelit (Constipation)
    • Minum banyak air.
    • Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran) 

Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua 
 Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga
Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
  1. Air kencing
  2. Tekanan darah
  3. Berat badan
  4. Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
  5. Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)
Lawatan Keempat
Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
  1. Air kencing
  2. Tekanan darah
  3. Berat badan
Lawatan Kelima
Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam
Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh
Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Tanda-tanda Kehamilan

Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira.

Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami masalah loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.

Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon ini, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit.

Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Namun muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja.
Pada kebiasaannya ia akan reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya.

Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.
Terdapat juga simptom-simptom lain:
keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung terasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan suami atau pembantu rumah.

Merancang anak Lelaki atau Anak perempuan

InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.


Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut: 

Merancang anak lelaki
 
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
  
Merancang anak perempuan
 1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Amalan semasa mengandung,beri kesan pada anak?

Benarkah amalan ibu semasa mengandung menberikan kesan kepada anak? Lalu anak jadi begini begini. Terutama bab yang buruk2. Benarkah adanya kenan?
Kenan (kecacatan) dalam masyarakat Melayu dikenali juga sebagai badi, berkait rapat dengan perkara2 yang dilakukan semasa mengandung yang bersangkutan dengan objek lain, contohnya kenan monyet, kenan Ultraman (lawak la ni) dan sebagainya. Kerana itu masyarakat Melayu ada banyak pantang-larang semasa mengandung, supaya si bayi tidak terkena kenan atau kecacatan ni.

Contoh pantang larang yang menjadi amalan semasa mengandung bagi orang dulu-dulu (sekarang pun ada kot):
  • Tak boleh potong binatang nanti anak lahir tak cukup anggota (terpotong2 macam binatang tu?).
  • Tak boleh bunuh binatang nanti anak bakal meninggal macam keadaan binatang tu mati.
  • Tak boleh keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
  • Jangan biarkan anak2 lain melangkah perut nanti bayi lahir tak cukup bulan.
  • Jangan mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
  • Jangan duduk di tangga nanti bersalin susah.
  • Jangan siang ikan nanti anak sumbing.
  • Jangan tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.
Untuk suami pun ada juga.
  • Jangan sembelih binatang nanti anak lahir cacat.
  • Jangan pukul binatang nanti anak akan terkena kenan binatang tersebut.
Berhati-hati dengan amalan pantang larang ni. Kerana mempercayai dengan yakin bahwa sesuatu boleh mendatangkan mudarat, selain Allah boleh membawa kepada syirik.

Mungkin ada yang benar2 terjadi, namun saya percaya itu cuma kebetulan. Perlakuan2 di atas memang biasa kita buat hari2.

Orang dulu-dulu pun, kebanyakan orang lelaki suka memburu binatang. Atau paling tak pun makan ayam sembelih sendiri… tiba2 dapat anak cacat, barula dikaitkan dengan adegan2 membunuh, memotong binatang segala. Make sense kan?

Mana mungkin anak2 yang lahir sempurna ni, mak2 dia tak penah masak masa mengandung kan?
Lainlah kalau perkara tu memang pelik untuk dibuat, contohnya kalau bapa mendaki Gunung Everest semasa isteri mengandung, anak akan jadi bentuk bersegi2 macam Gunung Everest. Tak ada kan? Semua benda2 pantang larang tu adalah benda2 yang biasa… jadi memang tak hairanlah kalau ia terjadi & orang dulu2 kaitkan la dengan potong binatang la, pukul binatang la… Mentang2 kalau anak tu lahir kurang anggota, so terus la dia relate dengan “Ni la akibat kau potong ayam masa mengandung dulu tengok anak kau kudung”, padahal dia yang kerja sebagai pemotong ayam di pasar tak ada problem pun.

Amalan membaca al-Quran dan surah tertentu menjadikan anak soleh, bijak dan sebagainya? Saya percaya ini adalah perkara long term. Bila ibu bapa mengambil berat soal penerapan nilai agama dari dalam kandungan, dah pasti dia akan teruskan bila anak dah lahir dan membesar. Tak mungkin ibu tu cuma mengaji masa mengandung je tapi bila anak dah lahir dia buat tak tau je kan? Haruslah didikan yang diberi pun yang terbaik.

Mendidik anak-anak memang satu proses yang bukan overnight. Ia bermula sejak kita memilih pasangan lagi. Kerana itu perkahwinan itu adalah atas dasar memilih, bukan main taram aje sesapa yang datang ajak kahwin.
Permulaan yang baik, insya-Allah akan mempunyai pengakhiran yang baik juga.
aminnnn....

Doa dan amalan semasa mengandung

Normal bagi masyarakat kita, semasa mengandung untuk mengamalkan beberapa petua, bukan saja untuk kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.
Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.
Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai sebab tak relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyolah, kalau dah mak yang masak hari2, tak boleh potong binatang, pe jadahnya nak makan sayur setiap hari? Ingat herbivor ke. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah tukang masak (makan luar ler..).

Walau bagaimanapun, agak sayang kadang2, sebab amalan itu cuma dibuat semasa mengandung saja. Kalau tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak. 

Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.

Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?

Tapi bagus juga la, sekurang2nya ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga akhlak kan. Kalau masa lain tu tak tentu lagi.
Sebetulnya, saya tiada amalan/surah/doa tertentu semasa mengandung. Saya meneruskan pembacaan al-Quran seperti biasa kerana saya percaya al-Quran adalah Syifaa’, dan juga membaca surah2 di atas tadi tu sebagai tambahan.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar (amalan2 khurafat, etc.) dan roket sains.

Sunday, October 17, 2010

mama...saya dah 6 minggu

uuhuhuhuhu...pandai betol baby mama berkata2...so sweet..hihihihihi
Ya allah...betapa besarnya aku rasa kenikmatan mengandung kali ni...sbb mama betul2 dah ready tau kali ni..dan mama mahu yang terbaik untuk baby..mama nak tebusss semua kesalahan mama (kurang pengetahuan) masa mama ngandungkan abang danish dulu....sekarang mama mahukan yang terbaek...dan mama happy sbb papa dan abang danish sma2 dapat menyaksikan baby mmbesar dalam perut kali ni...hihihi..
tengok tu...nampak je perut mama mcm takde2 apa..tapi hakikatnya..baby sedang mmbentuk dirinya...ciptaan tuhan...Jantung baby pun sudah mula berdegupp...:)

khasiat OBIMIN

isnin : 18/10/10

hujung minggu mama kali ni...ape lagi..balik kampung la...:)
Alhamdulillah semunya selamat...sempat juga la mama urut ngn Tok Wang...nak tgk kandungan mama ni ok ke tak kedudukannya....Alhamdulillah...Kata Tok Wang,kandungan Mama sudah pun nak 2 bulan... so,sweet... Biasa kalau urut ngn Tok wang...mesti frust..tok wang pun heran..nape lah asik kosongggg jek..uuhuhu...
Tapi Tok wang pesan..ni baru lagi..kena jaga elok2,jgn kacau2 dulu..
Lepas je urut tu..terus Klinik Penawar kat Bandar Penawar..igtkan nak scan...hampeh!!takde la pulak...so,just chek je la...dokter kata mama dah 6 minggu...tapi dokter nasihatkan..mama kena banyak berehat,kalau mama ada bleeding...lagipun,mama ni dah lama sangat kosong,so,bahaya la sikit...risau kalau rahim tak kuat je...kalau bleeding,kena la cepat2 g scan... Dokter kata,mama jangan makan ubat dulu kalau belom scan..sbb nak tgk kantong tu kat luar atau kat dalam...eerrmmm..semua nak kena chek kan..?.lepas tu dokter bagi mama OBIMIN..warna pink pil nya..besar la jugak utk dimakan selama sebulan,nasib baik rsanya manis..ok lah...lagipun setakat ni..mama belum ada rasa2 mual lagi...hanya selera makan je kurang..Hari ni la mama nak g scan ye baby...:)..lepas scan baru la boleh makan ubat mcm asid folic ke...ape ke...mcm tu lah dokter kata...
Apepun mama Bersyukurrrr di atas segala2nya....semoga tahun 2011...akan beri mama+papa+ danish satu sinar baru yang lebih baik...sesungguh segala pemberian dan nikmatnya,mama amat bersyukur sangat2...
Alhamdulillah..sempat jugak la Tok Mak buat bubur putih merah utk disedekahkan pada jiran2..:)

Obimin
Khasiat : sumber vitamin lengkap untuk tumbesaran baby
OBIMIN - -  Ada semua vitamin yang diperlukan ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan anak, tapi kalau tak mengandung pun, sajer2 nak makan sebagai vitamin tambahan pun tak mengapa.

Friday, October 15, 2010

coretan minggu ke-5

jumaat-15/10/10
Malam ni Mama nak balik kampung...Nak bagtau kat tok mak,tok bak,tok wan,tok ki..yang Baby dah ada dalam perut mama tau...kompom,diaorg terkejot punya..hihihi...yelaaa..setiap kali hari raya,mesti atok2 ni bising..kata mama tak nak anak lagi ke??kawan2 pun sama....sampai kan Tok Wan kata masa raya tuari..."eeeiii..meluat la asik raya betiga je..bilan nak tambah2 ni...?"..hahahhaaa...
Alhamdulillahh...permintaan mama+papa+abg danish dimakbulkan jugak akhirnya...akhirnya baby akan muncul juga dalam keluarga kita nanti..yang pasti mama harap..baby sihat ye...selamat bersama dengan mama...
malam ni sebelum gerak balik kampung,Papa nak ajak Mama g klinik dulu...nak tgk baby sekarang dah bape bulan..hihihih...tak sabar pulak rasanya...ye laa...kan mama dapat tau ada baby ni pun,dari test yang papa belikan tuu...Kalau boleh mama nk la minta ubat dan vitamin2 yg ptg utk tumbesaran baby... alhamdulillah..susu Anmum tu mama masih boleh minum lagi..dan asid folic pun mama tiap2 hari makan..utk kesihatan otak baby...
mama harap baby gembira dan selamat dalam kandungan mama yee....jangan nakal2...sesungguhnya keluarga kita menanti kehadiran baby ke dunia ni...
Dan satu lagi...Insyaallah..mama dan papa nak buat bubur putih merah nnti kat umah tok mak..nak sedekahkan kat surau..tanda mama dan papa bersyukur atas rezeki yang tuhan bagi...:)
Tapi dah 3,4, hari ni...pinggang dan kaki mama rasa letih dan sengal semacam laa...tak leh nak duduk lama2..sakit betul...harap ianya tanda2 biasa...bab loya2 tu belum ada lagi...alhamdulillah..sbb agaknya baby masih baru lagi...tanda2 tu belum datang lagi kat diri mama..
tapi mama berharap sangat..kehamilan kali ni..dipermudahkan..dan harap2 baby tak byk ragam yeee...kesiann nnti kat papa dan danish...
ok lah...keje mama pun dah siap...mcm biasa la..mama nak baring...hihiihi....
tgk la gambar ni...masa ni abg danish baru je usia 4bulan...papa baru je balik sekolah..cepat2 dia nk suapkan abg danish makan..hihih..so sweet..



Wednesday, October 13, 2010

9 Bulan Dalam Rahim

duduk lama depan laptop??

adooiiiyyaiii....masalah ni aku dapat rasa masa ptengahan bulan 9 lagi tau..bisa aku duduk lama2 kat kerusi meja laptop aku ni..nak 12 jam pun..aku steady jek lagi....sekarang ni lagi laahhh..rasa peritttt je rasa punggung aku bila duduk kat kerusi ni tau...uuwaaaaa!!!
jap2 pindah laptop kat sana..jap2 bilik atas..jap2 kat sofa...adoiii....
malam tadi g econsave pun..cepattt je rasa lenguh kat kaki ni...biasa ok jek!!!satu hari nak round pun aku ok je...hehehe
itulah namanya ko tu dan mengandong cik akak oiii..hahahhaa..apepun aku happy!!

kepentingan asid folic

Kepentingan Asid Folic - bagi aku asid folic ni penting sangat...klu tgh pregnant laa...masa kandungkan Danish dulu..aku tak miss..mesti ambil pil ni...sbb bagi aku,alhamdulillah..aku takde pun rasa mual atau apepun bile telan pil kecik molek ni..mcm ipar aku tu...disebabkan pil ni pun dia leh muntah....haiii..nasib badan..semua nasib kita tak sama kan...
Buat masa ni aku just makan pil asid folic yang aku beli kat farmasi je dulu...harga dia pun hanya rm1 je sepapan...insyaallah...dalam masa terdekat ni..aku nnk p klinik..nak g chek...aku ambil la asid folic yang ok sikit dari yg ada ni....uuhuhu
aku dpat tau confirm pregnant 12/10/10..tapi sampai hari ni aku masih lom p klinik lagi...hehehehe...nanti la dulu...masih awal lagi kan..lagi pun..susu aku dah beli..asid foloc pun aku dah makan..hehehee..insyaallah, minggu depan aku g la klinik...
cerita2 pasal klinik ni kan...aku cadang..aku nk chek kat ngn buat kad kat swasta je laa....nnti nk terberanak,baru la aku g gomen..hihihihi..boleh gitu???ye laaaaa...malas la nak layan karenah kalau g chek kat gomen ni...korang pun dah sedia maklum kan.....



Ibu mengandung kurang vitamin B menyebabkan kerosakan tiub saraf bayi atau spina bifida

KEKURANGAN vitamin ketika hamil memberi banyak kesan kepada janin dalam kandungan. Oleh itu, pengambilan asid folik misalnya amat penting kepada wanita hamil dan yang merancang kehamilan.

Asid folik adalah vitamin B (B9) yang penting bagi pertumbuhan sel dan janin sempurna. Asid folik boleh diperoleh daripada pil yang dibekalkan doktor dan alam semula jadi.

Ia juga boleh ditemui dalam sayur-sayuran hijau seperti bayam, selain buah-buahan sitrus dan bijirin.

Pelbagai kajian menunjukkan wanita yang mengambil 400 microgram (0.4 miligram) setiap hari sebulan sebelum hamil dan tiga bulan pertama kehamilan, berupaya mengurangkan risiko terhadap kerosakan tiub saraf sehingga 70 peratus.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatima Najla Mohd Jaffar, berkata kerosakan tiub saraf yang biasa terjadi ialah spina bifida.

“Spina bifida adalah kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol, tetapi kekurangan asid folik juga boleh mempengaruhi pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna (anencephaly) dan terjadinya bibir sumbing,” katanya.

Begitupun, lazimnya kejadian spina bifida lebih kerap berbanding yang lain. Ia berlaku berikutan penutupan tidak sempurna sebahagian sistem saraf tengah (spinal cord) dan tulang belakang (spinal columm) yang menyebabkan pertumbuhan otak janin terjejas dan juga berada dalam keadaan encephalocele - otak menonjol melalui jurang trauma dan konginental dalam tempurung kepala.

Di Amerika, kerosakan tiub saraf dianggarkan berlaku kepada seorang daripada 15,000 bayi. Ia juga adalah masalah kecacatan tiub saraf yang paling biasa.

Malah, di kebanyakan negara barat, masalah spina bifida sangat biasa. Di Malaysia tidak ada statistik khusus mengenai spina bifida tetapi ia biasa ditemui.

Antara faktor kes spina bifida tinggi kerana sikap hampir 67 peratus wanita hamil malas mengambil asid folik.

Angka itu diperoleh dalam satu kajian membabitkan wanita hamil di Amerika. Menyedari pentingnya asid folik ketika hamil, pada 1998 Persatuan Ubat dan Makanan Amerika (FDA) mengarahkan semua jenis bijirin dan roti mesti mengandungi 140 mcg asid folik.

Bagi pasaran Malaysia, kebanyakan bijiran dan roti juga mengandungi asid folik sebagai makanan tambahan.

Selain itu, kata Dr Fatima, spina bifida juga terjadi kerana kebanyakan wanita tidak merancang kehamilan.

“Selalunya, seseorang wanita itu hanya menyedari dia hamil selepas kandungan berusia antara enam hingga tujuh minggu. Sedangkan ketika itu kebanyakan organ sudah terbentuk,” katanya.

Oleh itu, merancang kehamilan sangat penting dan melengkapkan diri dengan bekalan asid folik amat perlu. Pengambilan asid folik yang banyak tidak menjadi racun tetapi pengambilan yang kurang boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.

Bagaimanapun, pengambilan asid folik yang kurang bukan satu-satunya faktor terjadinya masalah ini. Ada beberapa faktor turut mempengaruhinya.

Antaranya termasuk genetik, wanita yang mendapatkan rawatan dialisis dan wanita yang mengambil sesetengah jenis ubat, contohnya epilepsi.

Faktor lain mungkin menghisap rokok, pengambilan alkohol dan obesiti. Apabila janin berhadapan dengan spina bifida, ia boleh dikesan seawal 12 minggu kehamilan. Menerusi imbasan, bakal ibu boleh melihat pembentukan tulang belakang janin.

Ada bayi yang lahir dengan masalah spina bifida yang sedikit. Peluang untuknya hidup normal agak cerah, tetapi bagi bayi yang mengalami spina bifida yang teruk, dia akan lumpuh dan tidak berupaya mengawal pundi kencing.

“Bagi kes lain disebabkan kekurangan asid folik seperti anencephaly, ibu dinasihatkan menggugurkan janin pada awal kehamilan. Bagaimanapun, bagi spina bifida yang terjadi dengan beberapa keabnormalan lain yang serius, kandungan ini mungkin juga akan gugur sendiri.

“Jika tidak begitu serius, ia akan lahir seperti bayi lain. Begitupun peluang untuk memiliki hidup yang normal bergantung kepada serius mana kecacatan tulang belakang yang dialaminya,” katanya.

Dr Fatima berkata, wanita yang pernah melalui kandungan bermasalah seperti ini digalakkan mengambil lebih asid folik.

Begitupun ada juga wanita yang mengambil jumlah asid folik yang betul hamil dengan bayi spina bifida, bibir sumbing atau tempurung kepala yang tidak sempurna. Dalam kejadian begini, selalunya faktor genetik turut memainkan peranan.


Asid folik

# Kurang pengambilan asid folik ketika hamil menyebabkan terjadinya spina bifida, kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol.
# Ia juga boleh menyebabkan masalah pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan bibir sumbing
# 67 peratus wanita hamil malas mengambil asid folik
# Genetik, masalah buah pinggang, epilepsi, rokok, arak dan obesiti antara faktor terjadinya kerosakan tiub saraf bayi.
# Pengambilan asid folik dikaitkan dengan penurunan masalah tekanan, jantung, barah kolon dan barah servik.


Risiko kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan :

* Sakit disekeliling mulut.
* Sakit lidah.
* Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
* Anemia.

mama..saya dah 5 minggu


Tersentuh hati lepas baca artikel kat atas ni kan...mcm betul je baby dalam perut aku ni bercakap..hihihhihi..apepun aku happy sangat...!!!
Danish pun dah mula tanya soklan2 yang melucukan...ye laaaa...1st nk dapat adik kan...suka dia..tah la yang dia faham nnti..bila tgk perut mama dia makin mmbesar depan mata dia...:)
Malam tadi masa nak tidur pun..biasa dia cium mama dia je ...tapi danish dah mula cuim perut mama...hihihihi..cute sangat..!!

perkembangan JaninKu seawal 1 - 5 minggu

Minggu ke-1 :
Minggu ini sebenarnya masih periode menstruasi, bahkan pembuahan pun belum terjadi. Sebab tanggal perkiraan kelahiran si kecil dihitung berdasarkan hari pertama haid terakhir Anda

Proses pembentukan antara sperma dan telur yang memberikan informasi kepada tubuh bahwa telah ada calon bayi dalam rahim. Saat ini janin sudah memiliki segala bekal genetik, sebuah kombinasi unik berupa 46 jenis kromosom manusia. Selama masa ini, yang dibutuhkan hanyalah nutrisi (melalui ibu) dan oksigen.

Sel2 telur yang berada didalam rahim, berbentuk seperti lingkaran sinar yg mengelilingi matahari.Sel ini akan bertemu dengan sel2 sperma dan memulai proses pembuahan
Pada saat ini kepala sel sperma telah hampir masuk. Kita dapat melihat bagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak henti-hentinya berusaha secara tekun menerobos dinding indung telur

Minggu ke-2 :

Pembuahan terjadi pada akhir minggu kedua. Sel telur yang telah dibuahi membelah dua 30 jam setelah dibuahi. Sambil terus membelah, sel telur bergerak di dalam lubang falopi menuju rahim. Setelah membelah menjadi 32, sel telur disebut morula.
Sel-sel mulai berkembang dan terbagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium
Minggu 3:

Sampai usia kehamilan 3 minggu, Anda mungkin belum sadar jika sedang mengandung. Sel telur yang telah membelah menjadi ratusan akan menempel pada dinding rahim disebut blastosit. Ukurannya sangat kecil, berdiameter 0,1-0,2 mm.
Minggu ke-4 :

Kini, bayi berbentuk embrio. Embrio memproduksi hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - HCG), sehingga apabila Anda melakukan test kehamilan, hasilnya positif.

Janin mulai membentuk struktur manusia. Saat ini telah terjadi pembentukan otak dan tulang belakang serta jantung dan aorta (urat besar yang membawa darah ke jantung).

Minggu ke-5 :

Terbentuk 3 lapisan yaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm yaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

 


p/s..betapa agungnya ciptaanmu ya allah....
aku hanya mampu bermohon,agar kau mmberiku benih yang baik...zuriat yang cukup sifat,normal,cerdik,cerdas,comel dan ape2 jua yang terbaik dari mu Ya tuhan,,,,,

alat ujian kehamilan aku

ermm...inilah dia alat test kehamilan yang aku try tu...hihihi..tgkkk..ada 2 line kan..???? korang tau tak..aku ni tak sabooo org nya,,,dlm masa bulan yang sama,3 kali aku test sebenarnya...hahahhahaa...
mula2 aku test 1/10/10 - masa ni aku beli sembunyi2 dari laki aku lee..konon nak suprisee!!tp hampeh!!hahaha
pastu 3/10/10 laki aku pulak yang tiba2 je belikan kat farmasi + ngn asid folic lagi tau..hahha...excited sungguh....masa tu aku risau gak...sbb tanda2 dah ada yg aku ni mcm org mengandung...kalau test tak positif lagi..haruuu aku..uuhuhuh...esoknya aku test laaa..tup2!!still 1 line lagi....uuuwaaaaaaarrggg!!!!pelik2...
pastu masa 12/10/10.... laki aku belikan lg test tu..suh aku cuba lagi test..tp aku malas lee..sbb takut frust lagi..pagi tu aku makan la pil asid folic tu je.(cehh!!mcm le dah tau kompom pregnant..) .pastu ptg tu aku g toilet..tgk ada darah coklat tompok2 pulak...alamakkk!!!ni pasal kes malam tadi ke??uuhuhuhu...risau dah aku ni!!! terus je aku test cepat...masa aku tunggu line tu bejalan...mula2 takde....bila semua dah kena..baru la timbul samar2 yng line satu lagi tu...YEEEEEHAAAAAAAAAAAAAAA!!!! papa!!,mama confirm pregnant laaaaaa!!laki tgh tido pun aku kejut tunjuk alat tu..hihihiih....aku tau,dalam dirinya tu happy sangat2...
begitu lah ceritanya...mcmana mula2 aku dapat tau yg aku ni betul2 dah confirm pregnant..hihihi

susu Anmum untuk ibu mengandung

13/10/10/ 11;30 pg

Malam tadi aku ke econsave belanja barang dapur...tiba je kat area susu,masa ni niat mmg nk beli susu essential danish je...pastu tak alih2 hubby aku kata.."ma,blilah susu pregnant tu.."..aku terus je perasan,,laaa,lupa laaa...hihihi...pilih punya pilih...aku rasa mcm nk cuba minum susu anmum perisa coklat dulu..beli yang kecik,tgk sedap tak..hehehee...kebiasaannya aku pagi minum susu HL perisa staberi...sedap...tp nak tuko ke susu ni pulak..



bagi sapa2 yang ada pengalaman masa minum susu ni..leh la share ngn aku...sbb aku baru pertama kali la try minum susu ni....dulu aku mimum susu jenama lain...tah tak ingat ape nama dia..hehehe..( eh aku ni,mcm la aku ni invite org baca kat dalam blog aku ni...hahahhahahahaaa)  apepun layannnnnnzzz.... sape yg terbaca atau mengikuti blog aku ni..leh la share yee...

happy + syukur...tq Allah

Assalamualaikum...
Tujuan dan niat sebenar aku mengaktifkan akaun blog aku ni..sbnarnya..hanya sekadar berkongsi pengalaman yang bakal aku hadapi bermula dari saat aku dapat tahu yang aku sudah pun positive...hehehhee..ye lee.masa pengalaman mengandongkan anak pertama dulu,aku tak bkesempatan nak buat blog2 ni..sbb aku masa tu kerja kan...haa...kali ni aku nak balas dendam..aku pun skrg surirumah sepenuh masa..bila danish ke sekolah,aku byk masa luangkan masa depan laptop aku ni..sambil2 aku buat bisnez on9 di facebook..(klu korang nk tgk2 koleksi baju yang aku jual..leh la search kat fb/muslimahbijak yeee... layanan tip top aku bagi..hehehehe..
Selain tu aku.nak cari seberapa byk info ttg pengalaman dan ilmu2 yang berguna untuk aku dan baby yang bakal dilahirkan...

So..tak salah rasanya aku nk cipta blog ni...sekurang2nya..aku dapat meluakan perasaan yang bakal aku hadapi..Sekarang ni usia kandungan aku mungkin baru masuk 3 minggu la rasanya...tarikh akhir aku period pada 2/.9/10...masa aku buat test kehamilan 3/10/10 tuari..belum ada line 2 lagi..tapi tanda2 yang mcm aku pregnant tu dah nampak dah..mcm keluar tanda2 darah coklat..cepat penat..mcm tu la..
pastu pada 12/10/10.aku test lagi..sbb hari tu aku bleeding laa...masa aku test..rasa mcm nk mjerit pun yeee..hihihi..nasib baik masa tu hubby ngn anak aku tgh tido...tapi tak sabar punya pasal..aku kejutkan gak laki aku tu...tunjuk yang aku dah PREGNANT!!!!!! hihihih....seronok...
Buat masa ni aku belum lagi ada tanda2 mual atau sebagainya...cuma aku kerap cepat letih...tu saje..alhamdullillah...dan yang paling happy..kawan2 kat Fb aku..tak henti wish kat aku...seronok sangat...:)
khamis,14/10/10 @ 11;15 pagi

Assalamualaikum..

Setelah mendapat tahu,yang aku pregnant untuk kali ke-2 nya..aku tetiba je rasa ingin buat satu BLOG khas utk jari jemariku menaip apa yang bakal aku rasakan...:)
Ye lah..pengalaman Pertama mengandung...tak sama dengan pengalaman kedua ni kan...sbb itu aku nk sangat berkongsi ape jua maklumat dan perasaan aku kat sini...
Masa aku ngandungkan Putera Sulungku Danish pada tahun 2004 dulu..mmg mcm2 hal jugak berlaku..tapi aku berjaya mengharungi semua detik2 manis tu dengan baik dan selamat...
Aku ingat lagi..masa aku test alat kehamilan tu..betul2 pada tarikh hari jadi aku masa tu...hihihi..seronoknya sangat..usia perkahwinan aku masa tu pun, baru je 6bulan...aku dah disahkan pregnant...syukur sangat2..
Bulan September 2004 lahir la puteraku Muhammad Danish Zharfan namanya...berat 3.6kg...semangattt...hihi...

tgk je laaa..gaya2 anak sulung aku ni..Danish..mmg cute kan...?
kalau korang nak tau..perangai Danish ni..pelik sikit..
Dia seorang budak yang amat baik...kalau mama papa kata..jangan..mmg la dia tak usik..
kalau g jalan mana2...kita lepaskan la dia..mmg tak lari laaa..mmg sntiasa ada je kat tepi kita..
kalau bab2 nk beli mainan pulak..mmg tak tak menjerit2 menangis la..kalau dia tak dapat,,
kekadang aku je yang lebih2...danish tak tunjuk...tp aku yang tunjuk2 kan...hahahhaa
apepun..aku bangga..ada anak seprtimu sayang..
mama papa harap dan sentiasa berdoa..danosh jadi anak yang baik dan berjaya!!!!