Doa semasa hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Followers

Showing posts with label doa dan amalan. Show all posts
Showing posts with label doa dan amalan. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Merancang anak Lelaki atau Anak perempuan

InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.


Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut: 

Merancang anak lelaki
 
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
  
Merancang anak perempuan
 1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Amalan semasa mengandung,beri kesan pada anak?

Benarkah amalan ibu semasa mengandung menberikan kesan kepada anak? Lalu anak jadi begini begini. Terutama bab yang buruk2. Benarkah adanya kenan?
Kenan (kecacatan) dalam masyarakat Melayu dikenali juga sebagai badi, berkait rapat dengan perkara2 yang dilakukan semasa mengandung yang bersangkutan dengan objek lain, contohnya kenan monyet, kenan Ultraman (lawak la ni) dan sebagainya. Kerana itu masyarakat Melayu ada banyak pantang-larang semasa mengandung, supaya si bayi tidak terkena kenan atau kecacatan ni.

Contoh pantang larang yang menjadi amalan semasa mengandung bagi orang dulu-dulu (sekarang pun ada kot):
  • Tak boleh potong binatang nanti anak lahir tak cukup anggota (terpotong2 macam binatang tu?).
  • Tak boleh bunuh binatang nanti anak bakal meninggal macam keadaan binatang tu mati.
  • Tak boleh keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
  • Jangan biarkan anak2 lain melangkah perut nanti bayi lahir tak cukup bulan.
  • Jangan mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
  • Jangan duduk di tangga nanti bersalin susah.
  • Jangan siang ikan nanti anak sumbing.
  • Jangan tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.
Untuk suami pun ada juga.
  • Jangan sembelih binatang nanti anak lahir cacat.
  • Jangan pukul binatang nanti anak akan terkena kenan binatang tersebut.
Berhati-hati dengan amalan pantang larang ni. Kerana mempercayai dengan yakin bahwa sesuatu boleh mendatangkan mudarat, selain Allah boleh membawa kepada syirik.

Mungkin ada yang benar2 terjadi, namun saya percaya itu cuma kebetulan. Perlakuan2 di atas memang biasa kita buat hari2.

Orang dulu-dulu pun, kebanyakan orang lelaki suka memburu binatang. Atau paling tak pun makan ayam sembelih sendiri… tiba2 dapat anak cacat, barula dikaitkan dengan adegan2 membunuh, memotong binatang segala. Make sense kan?

Mana mungkin anak2 yang lahir sempurna ni, mak2 dia tak penah masak masa mengandung kan?
Lainlah kalau perkara tu memang pelik untuk dibuat, contohnya kalau bapa mendaki Gunung Everest semasa isteri mengandung, anak akan jadi bentuk bersegi2 macam Gunung Everest. Tak ada kan? Semua benda2 pantang larang tu adalah benda2 yang biasa… jadi memang tak hairanlah kalau ia terjadi & orang dulu2 kaitkan la dengan potong binatang la, pukul binatang la… Mentang2 kalau anak tu lahir kurang anggota, so terus la dia relate dengan “Ni la akibat kau potong ayam masa mengandung dulu tengok anak kau kudung”, padahal dia yang kerja sebagai pemotong ayam di pasar tak ada problem pun.

Amalan membaca al-Quran dan surah tertentu menjadikan anak soleh, bijak dan sebagainya? Saya percaya ini adalah perkara long term. Bila ibu bapa mengambil berat soal penerapan nilai agama dari dalam kandungan, dah pasti dia akan teruskan bila anak dah lahir dan membesar. Tak mungkin ibu tu cuma mengaji masa mengandung je tapi bila anak dah lahir dia buat tak tau je kan? Haruslah didikan yang diberi pun yang terbaik.

Mendidik anak-anak memang satu proses yang bukan overnight. Ia bermula sejak kita memilih pasangan lagi. Kerana itu perkahwinan itu adalah atas dasar memilih, bukan main taram aje sesapa yang datang ajak kahwin.
Permulaan yang baik, insya-Allah akan mempunyai pengakhiran yang baik juga.
aminnnn....

Doa dan amalan semasa mengandung

Normal bagi masyarakat kita, semasa mengandung untuk mengamalkan beberapa petua, bukan saja untuk kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.
Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.
Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai sebab tak relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyolah, kalau dah mak yang masak hari2, tak boleh potong binatang, pe jadahnya nak makan sayur setiap hari? Ingat herbivor ke. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah tukang masak (makan luar ler..).

Walau bagaimanapun, agak sayang kadang2, sebab amalan itu cuma dibuat semasa mengandung saja. Kalau tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak. 

Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.

Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?

Tapi bagus juga la, sekurang2nya ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga akhlak kan. Kalau masa lain tu tak tentu lagi.
Sebetulnya, saya tiada amalan/surah/doa tertentu semasa mengandung. Saya meneruskan pembacaan al-Quran seperti biasa kerana saya percaya al-Quran adalah Syifaa’, dan juga membaca surah2 di atas tadi tu sebagai tambahan.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar (amalan2 khurafat, etc.) dan roket sains.